Suryalaya News

Dzikirlah Selalu



abah anom semasa mudanya by.  dokumen pemuda tqn suryalaya
KH.Ahmad Shohibul Wafa Tajul Arifin Ra 

Pada tahun 1980an, saya bersama seorang kenalan bernama Hj Yahya Hanafiah berkesempatan berjumpa dengan seorang kiyai dan wali Allah di Suryalaya yang terkenal dengan gelaran 'Macan Suryalaya''. ( sila type ''macan suryalaya'' di google ramai telah menulis mengenainya )
Ketika itu , ramai antara jamaah rombongan Singapura sudah tidur kerana jam menunjukkan jam 11 malam. Kami masuk ke Masjid Nurul Asror di mana Kiyai yang sudah berumur 125 tahun ketika itu bermalam. Banyak kisah yang di khabarkan kepada kami adalah mengenai karomah Abah Anom, seolah-olah beliau berpesan kepada kami yang muda bahawa pada zaman ini , inilah orangnya yang di tentukan Allah, berada di Indonesia.
Antara kisah yang paling menarik , Abah Pakih (nama betulnya Kiyai Haji Abu Bakar Faqih) menceritakan : Saya di amanatkan Abah Sepuh ( Ayanda kepada Abah Anom ) untuk menjaga Abah Anom sejak dari kecil, sejak lahir, dirumah saya yang terletak di hadapan rumah Abah Sepuh...selang beberapa hari saya menerima surat dari Nabi Khidir mencadangkan nama bayi yang baru lahir ini, tertulis dalam surat itu nama 'sohibul wafa'' atau 'tajul arifiin'' ,..di tanda tangani Alkhidr. Dengan segera saya langsung ke rumah Abah Sepuh menunjukkan surat tersebut dan Abah Sepuh berkata kalau gitu kita ambil dua-dua namanya iaitu 'Sohibul Wafa 'Tajul Arifiin'.-tamat kata-kata lebih kurang dari Almarhum Abah Pakih.
Masya Allah, tak mungkin semudah itu Abah Pakih boleh mendapat surat jika ketika itu belum lagi wali Allah. Satu renungan buat kita agar bersyukur dengan anugerah ini.


(dari Dokumen no 210 di Facebook Pemuda TQN Suryalaya
Artikel asal: Mohamad Ghouse Bin Mohd Saleh Khan Surattee)
Kisah ini juga dimuat di Majalah Al-Kisah Edisi September 2011

 
Top